Menu
Your Cart
Class

40 HADIS SAHIH TENTANG AKIDAH

  • SIRI 1 Free 01:15:00
  • SIRI 2 01:15:00
  • SIRI 3 01:30:00
  • SIRI 4 00:20:00
  • SIRI 5 01:30:00
  • SIRI 6 00:55:00
  • SIRI 7 01:05:00

About This Course

Pengajian 40 Hadis Sahih tentang Akidah merupakan salah satu usaha kecil untuk mengetengahkan kaedah memahami ilmu Tauhid berdasarkan ilmu Hadis. Syarahan dan penjelasan terhadap hadis-hadis tersebut adalah berdasarkan kepada dua buah kitab syarah Sahih al-Bukhari, iaitu kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Ali Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Muhammad al-Qastalani.


Dalam pengajian anda akan ikuti huraian hadis-hadis tentang akidah yang bersifat Mutasyabihat mengikut pandangan Imam Abu Hasan al-Asy‘ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Ia dikukuhkan lagi dengan pandangan-pandangan muktabar ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis berkenaan dengan sifat-sifat Allah SWT tersebut.


Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam memahami nas-nas Mutasyabihat adalah untuk menyelamatkan akidah umat daripada penyelewengan serta menyamakan sifat-sifat Tuhan dengan makhluk.


Al-Subki berkata, “Ketahuilah bahawa Abu Hasan al-Asy‘ari tidaklah meletakkan asas akidah ini di atas dasar pandangannya, melainkan ia adalah penerusan dan kesinambungan daripada mazhab Salaf dan apa yang difahami daripada Baginda Rasulullah .”

KELAS INI TIDAK TERMASUK KITAB

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • RM50

  • Levels 1
  • Duration 07:50:00
  • Sections 1 Sections
  • Lectures 7 Lectures
  • Videos 7 Videos
  • Certificates 0 Certificates
  • Instructor Dr Shamsul

Ya perlu daftar terlebih dahulu. Percuma sahaja. Selepas mendaftar anda akan mempunyai akaun sendiri dan boleh semak perjalan proses tempahan anda. Boleh daftar semasa hendak membuat pembayaran. Atau boleh juga terus daftar dengan melayari » https://digital.galeriilmu.com.my/index.php?route=account/register

Kami menerima pembayaran secara bank transfer/ATM. Untuk lebih mudah, kami tawarkan pembayaran secara automatik online seperti Maybank2u dan lain-lain.

Selepas berjaya buat pembelian. Admin akan sahkan pembelian anda. Untuk akses rakaman, anda hanya perlu log in ke akaun anda sahaja, klik https://digital.galeriilmu.com.my/index.php?route=account/login

Jika anda membayar menggunakan BANK TRANSFER, kami perlu semak dahulu bukti pembayaran baru kami sahkan dalam tempoh 24 jam. Namun sekiranya anda membayar menggunakan ONLINE PAYMENT (CHIP) anda akan boleh terus akses rakaman di akaun anda dengan log in seperti biasa. 

We use cookies and other similar technologies to improve your browsing experience and the functionality of our site. Privacy Policy.