Pengenalan Nur Al-Fahmi
Nur Al-Fahmi ialah sebuah portal e-learning Islamik yang dibangunkan khusus untuk menyebarkan ilmu-ilmu asas agama berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada masyarakat umum, dari peringkat asas hingga pengajian mendalam. Nama “Nur Al-Fahmi” membawa maksud “Cahaya Kefahaman” – simbol kepada usaha menghidupkan kembali budaya menuntut ilmu secara tersusun, sahih dan berterusan. Di era digital ini, Nur Al-Fahmi menjadi jambatan antara kitab-kitab turath dan gaya pembelajaran moden yang lebih fleksibel, interaktif dan mesra pengguna.
Misi Kami
- Memberikan akses mudah kepada pengajian secara online.
- Membimbing masyarakat memahami asas-asas agama dan tatacara kehidupan Islam dengan bimbingan guru.
- Menyediakan ruang pengajian yang sistematik, tersusun, dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Antara Kursus Ditawarkan
- Asas Fardhu Ain
- Tafsir & Tadabbur
- Al-Quran & Hadis
- Sirah
- Tazkiyatun Nafs
Semua kursus dikendalikan oleh asatizah berautoriti, berpengalaman dan diiktiraf, antaranya: Ustaz Muhadir Hj Joll, Ustaz Hazri Hashim al-Bindany, Dr. Shamsul Mohd Nor, Habib Ali Zaenal Abidin dan ramai lagi.
Ciri-Ciri Utama Platform
- Akses semua kursus melalui dengan pembelian secara atas talian.
- Video on demand dan siaran langsung kelas (Akan datang...)
- Nota PDF dan sijil automatik. (Akan datang...)
- Sistem affiliate untuk promosi dan jana pendapatan. (Akan datang...)
- Antaramuka moden, ringan dan mesra pengguna. (Akan datang...)
Siapa Sasaran Kami?
- Golongan dewasa yang mahu belajar semula asas agama secara berstruktur.
- Pelajar sekolah menengah & IPT sebagai pengukuhan ilmu fardhu ain.
- Ibu bapa, guru, dan para pendidik sebagai rujukan pembelajaran.
- Masyarakat umum yang mencari ilmu dalam suasana tenang, sahih dan menyuburkan jiwa.
Jika anda ingin bimbingan ilmu yang mudah, santai dan tampa limitasi, dan menyentuh hati — Nur Al-Fahmi adalah tempatnya.