- SIRI 1 1:18:41
- SIRI 2 1:09:40
- SIRI 3 0:37:49
- SIRI 4 1:11:25
- SIRI 5 (AKHIR) 1:36:45
About This Course
“Sebagaimana dengan melihat pokok-pokok yang menghijau akan memberi ketenangan kepada hati dan membawa ketenteraman kepada jiwa, begitulah juga hati dan jiwa akan menjadi tenteram, bahagia dan tenang ketika melihat, membaca atau mendengar akhlak dan peribadi agung yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.”
Kelas ini menggunakan buku berkaitan sirah hidup Rasulullah SAW, Kelahiran Teragung: Ia bukan hanya memaparkan fakta dan sejarah, tetapi juga memuatkan kisah-kisah atau dialog-dialog yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi sebagai ibrah dan penyegar minda. Ia akan lebih mendekatkan pembaca dengan suasana sebenar pada zaman Baginda.
FOKUS KELAS INI:
• Bab pertama membicarakan tentang keturunan, nama dan ahli keluarga Nabi Muhammad.
• Bab kedua membicarakan kronologi perjalanan hidup Nabi Muhammad mengikut tahun dan umur.
KELAS INI TIDAK TERMASUK KITAB